← Semua consultant
Consultant STIFIn Bertauliah | Life Coach - Human Potential Strategist
Sepanjang perjalanan saya sebagai Life Coach & Licensed STIFIn Advisor, saya berpeluang membantu ramai individu mengenali potensi diri. Antaranya usahawan & Individu bekerjaya profesional yang mahu memahami kekuatan dan cara membuat keputusan. Selain itu beberapa pasangan bisnes yang ingin belajar menggabungkan kekuatan masing-masing untuk memajukan perniagaan, serta pasukan pengurusan beberapa organisasi di Kelantan yang ingin menyusun peranan berdasarkan karakter dan kecenderungan diri. Saya juga membantu banyak keluarga di Kelantan, termasuk sebuah keluarga Cina yang menjalankan ujian untuk pasangan dan anak-anak bagi memahami potensi serta merancang masa depan mereka dengan lebih terarah. Selain itu, saya dijemput berkongsi ilmu STIFIn dalam program kepimpinan wanita melibatkan dua parti politik di Kelantan dan sesi bersama ibu bapa disekolah & tadika. Bagi saya, STIFIn bukan sekadar ujian, tetapi titik permulaan untuk mengenali kekuatan, memperbaiki komunikasi & membuat pilihan dengan lebih sedar. Inilah misi saya sebagai Human Potential Strategist, membantu individu, keluarga, usahawan dan organisasi menemukan Karpet Merah mereka.
Mesej dihantar terus kepada consultant. Beliau akan balas melalui WhatsApp atau emel anda.